== Blog Nie Ok ke Tak==

Hari Ini 30 Nov 2009 bersamaan 13 Zulhijjah

Part 1

Hari ini dah keje semula selepas 4 hari aku bercuti.. Beraya di rumah kawan baik aku semasa bergelar student.. Kali ini aku sambut aidil adha di Setiu terengganu.. Pada awalnya risau gile sb isu banir yg melanda daerah setiu tue. Tp alhamdulillah semuanya dh kembali baik mcm biasa..

Kat sini aku nk story sikit serba sedikit pengalaman perjalanan aku dari melaka-kuala Lumpur-Setiu.. Aku ke KL pada ari rabu,jam 6.00 ptg.. pas time kerja.. hihhhiihihih.. perjlnan ke KL lancar wlpn kdng2 diganggu oleh sore driver yg prihatin pada keselamatan n keselesaan penumpang.. Driver ni paling marah kalo ad couple yg cube nk bermanja2 atas bus. Dia kate nnt dia bawa gi balai polis sb berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.. hehehehe

perjalanan ke KL lancar.Aku sampai di hentian pudu pukul 8.30 mlm.. sesak sikit kat Pudu. Pastu chawa dtg sambut aku di Pudu dengan encik iskandar merangkap tunang chawa. Kemuadian ktrg ke sunwany piramid ntk teman chawa cari brng2 peribadi dia. Pastu lek la ke umah chawa di damansara.

Pagi khamis,kami bergerak dari umah chawa seawal 7 pagi menaiki bus rapidKL menuju ke Putra. sesak gile bus rapid KL. tambang RM1. jauh hgk nk ke hentian tue.. sesampainya ke hentian tue,aku tgk ramai gile org KL.. berpusus2 nk nek Putra.. huhuhu.. aku pun tergolong la antara yg berpusus2 tue. hai mcm2 bau ada tau.. perjalanan nk ke KL sentral mengambil mase lebih kurang setengah jam dari putra tue.. sesampainya di KL sentral,amik plak komuter ke hentian putra.. perjalan lebih kurang 20 minit..

kami sampai di hentian putra kul 9. Bekpes di mcD dulu sambil tunggu bus kul 10. Hentian tue penuh sesak ngan warga kelate-tganu yg nk balik ke kmpg halaman sempena aidiladha.. Bus ktrg smp lewat 15minit.. Tp paling xpuas hati bile bus ktrg diganti dengan bus sapu yg xde brand company.. huhuhu.. ktrg dh risau takut xselamat tp ktrg tetap doa semoga selamat sampai ke destinasi. Perjalanan kami lancar pada awalnya sehinggalah masuk ke daerah Chukai terengganu.. Kesesakakn lalu lintas sgt teruk.. ktrg tersangkut di Chukai-Kemamam lebih kurang 3jam. Kemudian tersangkut dia kala terengganu sejam.. disebabkan kepenatan terlalu lama duk atas bus,ktrg terlepas sampai ke jerteh.. hehehehe sejam tau terlepas dri umah che mah.. seb bek adik che mah sudi kutip ktrg di jerteh.. lawak giler. Call mak kat melaka,bantai kene gelak sb bukan xpernah pergi umah chemah tue. hem mungkin bus tue yg silap.. dia xsebut kuat2 pun " Setiu..Setiu..Setiu".. hehehehhe seb bek tersedar kat jerteh.. sepatutnya bus tue,last destinasi ialah setiu tp mlm tue destinasi dia terus ke Kelate.. huhuhu..

sambung nnti ye.. penat dah menaip ni.. hehehe c u in the next artikel..

Monolog Di Pagi Hari

Mataku sangat mengantuk pagi ini.. Cuaca yang sejuk nyaman sejak kebelakangan ni,menyumbang keadaan aku skrg.. hehehe.. tp xde la sampai tidur kat opis.. hem ok la xmau story mcm2 la.. no mood tuk tulis-tulis and mengarut2.. meh layan serba sedikit ringkasan aktiviti yg aku buat sekitar bulan Oktober and November yang aku xupdate dlm blog ni..

ni projek maintenance PC di lab bahasa.. merangkak-rangkak bwh meja. Aktiviti ini dilakukan seorg diri kerana rakan sekerja yg lain semuanya lelaki. Bahaya woo sb aktiviti menonggeng terlalu byk..kikikkii


ni plak sepupu sebelah mak yang kawen.. lelaki itu my cousin.. kawen ngan org perak.. Fuh sgt panas woo kat pantai remis tue.. xterkata la.. tp majlis dia rumah lelaki plak,hujan yang sgt lebat.. pengantin pakai baju istiadat TLDM.. smart.. Majlis dia ni byk mengalirkan air mata.. huhuhuh

Abangku bertunang.. hehehe.. tahun ni aje kami bertiga dh tunang.. Pening kepala mak aku pk anak2 dia nk kawen serentak plak tue.. kikikik.. kalo dulu aku tak gatal buka mulut ckp kt mak,aku nk kawen,agak2nya akak n abang aku mesti xmau buka hati dorg ntk kawen kot.. so skrg dh berebut2 nk kawen.. Sila ikut giliran ye.. !st come 1 serve ( betul ke ejaan ni)



ni plak majlis perkahwinan kak Fatihah and Bro Amin ( perasan tak name dorg ni unik). Majlis akad nikah dorg berjalan lancar n mudah aje. Dengan sekali lafaz,tepat jam 1040 am,fatihah sah jd isteri amin.. semoga kekal abadi hubungan mereka ini. Oh ye,aku dah terconggok kat umah fatiha seawal 930 pagi. ehem al maklum la aku merangkap pengampit dia pada hari itu. kikikiki.. sorry gambar tak dpt amik sb kan aku pengampit pengantin.. kikikki

Percutian di A'Famosa Resort.. percutian ditaja oleh Min Aik Sdn Bhd.. Tempat akak long aku bekerja.. best woo men air.. syok.. hehhehe..

Ada satu lagi aktiviti,ke Air Panas bemban.. nyaman je bile rendam kaki dalam kolam air panas tue.. selesa.. tp gambar xde la. Takut hp masuk air.. hehehhe


Wanita dan Firasat Warna

Wanita dan Firasat Warna

UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia paa suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.


Jumaat.. Hujan.. Mengantuk

hem dah xtau la nk tulis ape.. Kalau dapat idea kang,aku tulis la ye.. huhu
 

~~~~ Nukilan Dari Sue ~~~~

"Blog nie adalah hak peribadi saya.. Akan dipenuhi ngan ayat2 merapu yang diolah secara sesuka hati saya.. Blog peribadi ini akan digunakan untuk menepek sebanyak mane gambar2 yang saya rasa saya nk tepek dia.. Mungkin ada Entry yang tak ada kata2 tapi penuh ngan gambar2 sahaja.. Sekian"