Minggu ini adalah 10 mlm terakhir.. malam misteri yang penuh dengan segala kebaikan, Tp tidak semua umat islam berpeluang untuk menemuinya.. Orang yang bertuah,taqwa dan berjaga sepanjang malam aje yg akan menemuinya secara sengaja atau tidak sengaja.. malam itu digambarkan satu malam yang tenang,langit cerah memutih. Ini Kerana ALLAH S.W.T telah mengarahkan ribuan para malaikat turun ke bumi untuk melihat makhluk-Nya beramal kepada-NYA. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Bulan ramadan ini melatih dan mendidik kita untuk jadi umat islam yang bertaqwa kpd ALLAH S.W.T. Ramadan jgk melatih perut kita untuk diet. Melatih para perokok ntuk berhenti merokok. Melatih kita munasabah diri tentang golongan miskin yang tidak makan. Melatih sifat bersyukur.
Tahun ini,aku rasa cepat sungguh ramadan ni berlalu.. Tahun ni aku harapkan,ramadan yg lebih baik untuk diri aku sendiri.. Bukan pakaian yg cantik,melambak-lambak,kuih yang bermacam-macam..tapi amalan,peribadi diri dan juga sifat syukur dengan ape yang ada skrg..
Kepada semua teman-teman,keluarga,encik tunang dan bakal mentua semua,aku doakan kalian memperoleh kebaikan dan kebahgiaan di bulan yang mulia ini..
0 comments:
Post a Comment