== Blog Nie Ok ke Tak==

2 Disember 2009 bersamaan 15 Zulhijjah

Part 2

Sambungan dari Part 1

Pada awalnya aku dah rase xsedap hati bile terlihat papan tanda "Peladang Agro Resort" di mana bus ktrg berlalu ngan lajunya kt depan pindu masuk agro tue. Hati aku terdetik berkata "eh agro ni dh dekat ngan umah muni nie". Lalu aku kejutkan chawa yg ngah syok tido.. Dia dlm keadaan mamai,leh ckp gini "hem ye ke dah sampai agro.. ala xpe".. hehehehe aku pun iye kan je la.. sb cmah dah bgtau kat dia,bus akan berhenti di mana.. pastu aku bertambah2 xsedap hati and comfirmlah ktrg dh terlepas dr Setiu bile aku ternmpk papan tnda "Hospital Besar Besut 10KM".. Mak oi dh sampai besut upenya.. terus aku kejutkan chawa. Menggelabah minah tue.. Call cmah bgta situasi ktrg and dia suh genti je kat Kmpg Bahagia tp driver kata dh lepas setengah jam dah.. pergh gabra yg amat la ktrg bile tau bus tue nk ke kelate.. gile kan?? kata last destinasi Setiu.. huhuhu.. Ktrg pakat turun je kat Jertih. Setiu ke Jertih amik mase sejam tau.. mase tue dah kul 11 mlm.. miyong woo duk atas bus lame2 dari kul 10pagi lagi.. Termatu punggung+pale jd miung and macam2 perasaan ada.

Ktrg selamat sampai kat umah cmah kul 1230.. Fmly dia semua dh tido.. kesian dorg tunggu lame kedatangan ktrg.. Tp xpe la kan janji selamat sampai wlpun terlepas jauh.. Tq cmah n adiknya Afis yg sedia melayan kerenah akak2 ni..hehehe

p/s: sambung lagi part 3 ye

Hari Ini 30 Nov 2009 bersamaan 13 Zulhijjah

Part 1

Hari ini dah keje semula selepas 4 hari aku bercuti.. Beraya di rumah kawan baik aku semasa bergelar student.. Kali ini aku sambut aidil adha di Setiu terengganu.. Pada awalnya risau gile sb isu banir yg melanda daerah setiu tue. Tp alhamdulillah semuanya dh kembali baik mcm biasa..

Kat sini aku nk story sikit serba sedikit pengalaman perjalanan aku dari melaka-kuala Lumpur-Setiu.. Aku ke KL pada ari rabu,jam 6.00 ptg.. pas time kerja.. hihhhiihihih.. perjlnan ke KL lancar wlpn kdng2 diganggu oleh sore driver yg prihatin pada keselamatan n keselesaan penumpang.. Driver ni paling marah kalo ad couple yg cube nk bermanja2 atas bus. Dia kate nnt dia bawa gi balai polis sb berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.. hehehehe

perjalanan ke KL lancar.Aku sampai di hentian pudu pukul 8.30 mlm.. sesak sikit kat Pudu. Pastu chawa dtg sambut aku di Pudu dengan encik iskandar merangkap tunang chawa. Kemuadian ktrg ke sunwany piramid ntk teman chawa cari brng2 peribadi dia. Pastu lek la ke umah chawa di damansara.

Pagi khamis,kami bergerak dari umah chawa seawal 7 pagi menaiki bus rapidKL menuju ke Putra. sesak gile bus rapid KL. tambang RM1. jauh hgk nk ke hentian tue.. sesampainya ke hentian tue,aku tgk ramai gile org KL.. berpusus2 nk nek Putra.. huhuhu.. aku pun tergolong la antara yg berpusus2 tue. hai mcm2 bau ada tau.. perjalanan nk ke KL sentral mengambil mase lebih kurang setengah jam dari putra tue.. sesampainya di KL sentral,amik plak komuter ke hentian putra.. perjalan lebih kurang 20 minit..

kami sampai di hentian putra kul 9. Bekpes di mcD dulu sambil tunggu bus kul 10. Hentian tue penuh sesak ngan warga kelate-tganu yg nk balik ke kmpg halaman sempena aidiladha.. Bus ktrg smp lewat 15minit.. Tp paling xpuas hati bile bus ktrg diganti dengan bus sapu yg xde brand company.. huhuhu.. ktrg dh risau takut xselamat tp ktrg tetap doa semoga selamat sampai ke destinasi. Perjalanan kami lancar pada awalnya sehinggalah masuk ke daerah Chukai terengganu.. Kesesakakn lalu lintas sgt teruk.. ktrg tersangkut di Chukai-Kemamam lebih kurang 3jam. Kemudian tersangkut dia kala terengganu sejam.. disebabkan kepenatan terlalu lama duk atas bus,ktrg terlepas sampai ke jerteh.. hehehehe sejam tau terlepas dri umah che mah.. seb bek adik che mah sudi kutip ktrg di jerteh.. lawak giler. Call mak kat melaka,bantai kene gelak sb bukan xpernah pergi umah chemah tue. hem mungkin bus tue yg silap.. dia xsebut kuat2 pun " Setiu..Setiu..Setiu".. hehehehhe seb bek tersedar kat jerteh.. sepatutnya bus tue,last destinasi ialah setiu tp mlm tue destinasi dia terus ke Kelate.. huhuhu..

sambung nnti ye.. penat dah menaip ni.. hehehe c u in the next artikel..

Monolog Di Pagi Hari

Mataku sangat mengantuk pagi ini.. Cuaca yang sejuk nyaman sejak kebelakangan ni,menyumbang keadaan aku skrg.. hehehe.. tp xde la sampai tidur kat opis.. hem ok la xmau story mcm2 la.. no mood tuk tulis-tulis and mengarut2.. meh layan serba sedikit ringkasan aktiviti yg aku buat sekitar bulan Oktober and November yang aku xupdate dlm blog ni..

ni projek maintenance PC di lab bahasa.. merangkak-rangkak bwh meja. Aktiviti ini dilakukan seorg diri kerana rakan sekerja yg lain semuanya lelaki. Bahaya woo sb aktiviti menonggeng terlalu byk..kikikkii


ni plak sepupu sebelah mak yang kawen.. lelaki itu my cousin.. kawen ngan org perak.. Fuh sgt panas woo kat pantai remis tue.. xterkata la.. tp majlis dia rumah lelaki plak,hujan yang sgt lebat.. pengantin pakai baju istiadat TLDM.. smart.. Majlis dia ni byk mengalirkan air mata.. huhuhuh

Abangku bertunang.. hehehe.. tahun ni aje kami bertiga dh tunang.. Pening kepala mak aku pk anak2 dia nk kawen serentak plak tue.. kikikik.. kalo dulu aku tak gatal buka mulut ckp kt mak,aku nk kawen,agak2nya akak n abang aku mesti xmau buka hati dorg ntk kawen kot.. so skrg dh berebut2 nk kawen.. Sila ikut giliran ye.. !st come 1 serve ( betul ke ejaan ni)



ni plak majlis perkahwinan kak Fatihah and Bro Amin ( perasan tak name dorg ni unik). Majlis akad nikah dorg berjalan lancar n mudah aje. Dengan sekali lafaz,tepat jam 1040 am,fatihah sah jd isteri amin.. semoga kekal abadi hubungan mereka ini. Oh ye,aku dah terconggok kat umah fatiha seawal 930 pagi. ehem al maklum la aku merangkap pengampit dia pada hari itu. kikikiki.. sorry gambar tak dpt amik sb kan aku pengampit pengantin.. kikikki

Percutian di A'Famosa Resort.. percutian ditaja oleh Min Aik Sdn Bhd.. Tempat akak long aku bekerja.. best woo men air.. syok.. hehhehe..

Ada satu lagi aktiviti,ke Air Panas bemban.. nyaman je bile rendam kaki dalam kolam air panas tue.. selesa.. tp gambar xde la. Takut hp masuk air.. hehehhe


Wanita dan Firasat Warna

Wanita dan Firasat Warna

UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia paa suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.


Jumaat.. Hujan.. Mengantuk

hem dah xtau la nk tulis ape.. Kalau dapat idea kang,aku tulis la ye.. huhu

Lapar.. Lapar..Lapar..

Entry pagi ini bertajuk: Lapar.. huhuhuhu.. Tak tahu la kenapa,perut aku ni lapau bebenau.. Hai sabar aje la kan.. Mak dah bekalkan nasi goreng+telur dadar lagi.. Tp xmau mkn lagi sb rase mcm awal lagi nk breakfast. And dengan keadaan skrg yg duit makin berkurangan a.k.a tinggal syiling aje skrg nie,lagi la aku berkira2 nk berbelanja kan.. AL maklum la,gomen staff dah dpt gaji pada 8/10/2009 yang lalu and ntk gaji yg seterusnya,kene tunggu 25/11/2009... Bayangkan lah berapa lama nk kene tunggu tue.. Ada yang naik basikal ge kerja plak kang..huhuhu.. Sgt sedih kan bile pk kan yang aku xde duit. uuwaaaa.. sgt sedih la kan..

Hem dah xmau la nk mengadu pasal kelaparan dan ketiadaan wang.. Meh layan aktiviti bersantap bersama En.Tunang di Pizza Hut dengan menggunakan kupon RM20 .. hehehe..



muke boring tunggu pizza yang lambat sampai tue.. huhu


mushroom sup yang dh disental sampai licin sb kelaparan yang amat..


hasil santapan kami-kami yang kelaparan.. hehehhehe

P.E.N.I.N.G...


Hai kenapalah kepala aku sakit ni??? Tetiba aje.. Hem terus aku xde mood nk buat kerja sb kepala sakit sgt.. Td dh rehatkan bdan sambil tido dengan jayanya di surau selama 2 jam.. huhuhu tp masih ada pening2 yg berdenyut2 lagi.. huhuhu.. adakah ini tanda nk demam????

Semalam..

S.E.M.A.L.A.M
-

-

-


-

ada sesuatu yang
-

-

-

-

-

-

-

-

telah berlaku
-


-

-


-


nak tahu ape yang berlaku???

-

jeng..jeng..jeng

-

-


-

-


-


-


-

Ada Jamuan Makan-makan.. Hehehehe.. Sempena Perpindahan Puan Sabrina a.k.a Ex-Bos Uict dan Puan Mazillah a.k.a. Ex-KJ JP

--- puan azura and puan sabrina---

Sedih tetap sedih tp ape boleh buat,xkan kita nk tahan dia kan.. Lagipun kesian kat dia,perjalanan dari rumah nk ke poli ni,sgt jauh berbanding dengan tempat kerja dia sekarang samapai sempat la dia nk make up.. hehehhe.. hem menu hari tue,ok la.. Di zaman gawat ni,menu tue dh cukup bagus dah.. Duk belek2 menu hari ini..sekali xde plak perkataan "rice a.k.a nasi" hahahaha.. sudahnya lunch kami ala-ala inggeris.. hah meh layan ape yg kami santap smlm..

Menu yang berbentuk Apple.. cute


Set A


Set B


p/s: pas jamuan terpakse cari kedai ntk makn nasi plak.. huhuhu


R.E.D.C.A.R.D...

The Red Card.. khas buat En.Tunang.. Rekaan Eklusif dari aku.. hehhehehe.. Hem malas nk cite panjang pasal kad nie.. layan kan je la gmbr2 kenangan kad nie sb kad ni dh selamat sampai kat tangan En.Tunang ari tue..


.. dari pandangan hadapan sampul..

...bahagian belakang sampul..


huhuhu.. ni men kerat2..tampal2 nie..

p/s: kad ini dibuat dengan penuh perasaan.. sb tue kale dia merah.. hehehhe

Catatan Peristiwa Hujung Minggu

Salam semua.. hai masuk keje aje,dah terima berlambak2 arahan dari org2 tertentu. Sampai ada yang meajuk,konon2 bile dia bg arahan,aku xmau dengar,kalo org lain bg arahan laju je aku buat.. Hahahahahha.. semua kemaruk nk bagi arahan kat aku.. "ye la bos2,nnt i buat".. huhuhu

Ok xmau la pk hal opis tue.. Wat sakit kepala je.. huhuhu.. Mari bercerita tentang apa yang aku buat sepanjang hujung minggu lepas.. Sangat seronok hari minggu aku yang lepas. Mane tak,encik tunang kesayangan datang ke melaka ( sila amik perhatian: ini mmg dah rutin bulanan dia)..

pagi sabtu,kami adik beradik ngan bakal2 ipar pergi ke A'famosa Resort.. Tiket ditaja oleh kilang kak long aku.. hehehhe.. ktrg ni kira "mengambil tuah" je la sb along dapt 5 cupon free ntk masuk ke waterworld and a'famosa safari.. Seronok xterkata. Walaupun kami (aku+en tunang) sakit kepala yg amat sgt,tp kami enjoy sgt2.. Seronok xterkata.. men gelonggor..ombak.. huhuhu.. Saat2 gini mmg aku xkan lupa kan la.. Best woo.. Dengan kerenah masing2 mcm kanak2 baru 1st time jumpa air.. hehehhe.. Aku+en tunang xpuas2 main air.. Sampai la aku xtahan nk muntah,baru la ktrg kuar dari air tue,ntk tido di bwh pokok. hehehehhe.. tido dengan lena sebab kepenatan..

Pas tue,aku sempat lagi pergi ziarah akak kawan aku yg baru je dapat baby.. comel woo.. geram tgk.. and tgk album gmbr kawen kak mas.. Shot outdoor kat a'famosa,sgt cantik.. Nak jgk la bergambar kt sana nnt. sweet je gmbr2 dia..

hem mlm tu tido lena sb sgt penat.. xsempat nk mimpi ape2 pun sb tau2 je sedar dh subuh.. Pagi ahad plak,kami pegi ziarah kawan mak encik tunang kat durian tunggal.. Ni semua plan yg tak dirancang pada awalnya.. Patutnya,ari ahad,ada photoshot tp cameraman ada hal plak..(sebenarnya salah aku jgk,sb janji tarikh 24hb tp bgtau dia ari ahad..hehehhe).. Dari Durian Tunggal,kami pegi je Jasin plak.. Main air panas plak..Ramai org,ye la kan hujung minggu.. hehehe

esoknya plak,agenda kami,tgk wayang and window shoping..( gaji dh susut)... Dari pagi sampai mlm.. Sangat seronok.. Aku seronok bile tgk encik tunang senyum+ketawa+wat2 majuk+wat muka cam bdk2 and paling seronok,shoping same2.. Test kasut,baju,handbeg.. hehehhehe

Hari selasa pagi,en tunang berangkat pulang ke Perak.. Hai sangat sedih.. Mula2 ok je,sampai je kat umah,terus sedih gile.. hai cepat betul mas etu berlalu.. apa pun,kami seronok bersama.. tak sabar nk tunggu dating akan datang..

p/s: tema outing kali ini ialah Air.. hehehehhehe

wayang yang ditonton bersama En.Tunang...


ni adik beradik and bakal abg ipar yg tgh tgu bus nk ke safari.. kan men seronok lagi..

ni la "bus mini" yg bwk ktrg tgk safari..


Makanan yang ditaja oleh Company Min Aik Sdn bhd

bergambar ngan adik aku,selepas encik tunang xmau amik gmbr same2.. huhuhuhu..


apa agaknya yg Encik Tunang cakap kat merak tue erk..


Together For ever..

Hujung Minggu Yang Dinanti..

Hari ini dah hari Jumaat.. Bermakna esok adalah hujung minggu yang dinanti.. Kenapa dinanti?? sebab.......
-

-

-

-


-

-

-


-

-


-


-


Mau Dating Dengan Encik Tunang!!! hoorayyyy


hehehhe.. Saat ini memang aku sentiasa nantikan.. Rindu wei.. Lame tak jumpa. Bagi sape2 yang selalu jumpa org tersayang mungkin xrasa ape yg aku rasa.. Rindunya kat Encik Tunang..

Mood Kurang..

Hari ni xde mood la.. ngan perut sakit,teka loya,hati sakit,jiwa kacau,mate mengantuk.. huhuhu.. serba serbi xkene.. Hem xmau tulis panjang2 dah.. xde mood.. huhuhuhu

p/s: xsabar nk tunggu hujung minggu ni

Jamuan Raya 2009

Ari ni lastday raya.. Ari ni jgk la ada jamuan raya anjuran KSK PMM dan Puspanita PMM.. Jamuan raya ni mmg ditunggu2 oleh semua kakitangan PMM nie.. Seronok sb ada byk kuih raya. Tp tahun ni xsemeriah tahun2 yg lepas. Kalo tahun lepas,makanan mcm2 pilihan and byk la makanannya.. Kalo dulu ada satay,ada aiskrim,ada cendol,ketupat rendang. Tp tahun ni ada ketupat dan rendang je. Dah tue,sape lambat xdpt.. Terpakse la vberebut2 mc org kelaparan.. huhuhu.. Sangat sedih tau.. Hem tp kami warga PMM "memahami" bajet xcukup walaupun kami semua byr yuran tahunan KSK. huhuhuhu..

Tp walaupun makanan xcukup ( sb aku xdpt mkn),tp hadiah untuk cabutanbertuah dasyat2.. Ini semua hasil tajaan daripada agensi luar yg menjalin hubungan baik dengan PMM. Bayangkan,Hamper sebayk 37 unit,Celcompostpaid sebyk 10 unit,Helmet motor (disahkan oleh SIRIM) ada 2 unit,Produk kecantikan sebyk 5 unit,tiket percutian 3H2M ke Langkawi,tiket ke Medan,Indonesia dan Hadiah utama tiket ke Bali 5H4M.. hehehhe

Best2.. paling best,Unit aku sangat bertuah kerana 2 org memenangi Hamper dah tak sangka turut menang hadiah Utama tiket Percutian ke Bali untuk 2 org.. hehehehhe.. Tahniah Buat zaihan.. boleh la bwk org rumah honeymoon.. Tp dengar cerita dia nk bg tiket tue ke kwn baik dia yg baru 3 minggu melangsungkan perkahwinan. Sebagai hadiah perkahwinan dari dia.. hehehhe Terharu kan.. ok la ape2 pun tahniah pada yang menang.. hehehehhe

p/s: dah 2 tahun kerja,tp belum ada rezeki nk dpt no bertuah.. huhuhuhuhu. Mungkin tahun depan kot..

== muka kelaparan ==


== ngah tunggu pak ustaz bace doa makan ==


== Hadiah cabutan bertuah ==



== Kad Raya Buat Encik Tunang ==

Pagi Isnin Yang Damai

Salam Isnin pada semua.. Hari ini aku melakar sejarah di mana aku dtg ke pejabat pukul 7.30.. Di Ulang,7.30 pagi!!!..hahahha.. ini gara-gara aku terpaksa memandu kereta pusaka abahku.. hehehhe.. kereta tue agak uzur tp ekzos dia punya bunyi kalah kereta F1.. Bunyi Punya la kuat tp xlaju pun.. hahahha.. Memandangkan aku xmau amik risiko dtg lmbt n satu poli duk tgk aku drif,aku amik keputusan untuk dtg awal.. seawal 7.00 pagi aku dah gerak dr umah.. hehehehe rasa mcm artis,byk mata yg tgk2 aku..

Tgh drive,tetiba baru aku perasan,yg kereta abah xde sitbelt.. huhuhuhu.. dah la area poli aku kerap ada "abg2 JPJ and abg2 Polis".. hem terpakse la ikut jalan jauh ptg nnt.. janji Selamat sampai umah udah la kan.. And xpernah2 aku drive ke pejabat 80km/j.. ari ni aku memecah rekod kerana aku berjaya drive kereta dengan speed 80km/j di highway Melaka-Muar.. hahahhaha.. Dengan deruman ekzos yg "dasyat" tue,aku sampai jgk kat opis.. hehehhe

Pastu,bile matikan je enjin kereta,aku terasa satu badan menggigil.. hahahhaha.. Pelik jgk aku kenapa la bdn aku menggigil.. Sampai perut sakit2.. terpakse la layankan perut plak..

Tapi semuannya lancar,alhamdulillah.. ok.. mari kita mulakan kerja hakiki kita sebagai penjawat awam..

p/s: call encik tunang sebab nk bgtau yg dh selamat sampai kat opis dengan kereta antik abah tue. hehehe

G.A.M.B.A.R

entry kali ini,nk tepek gambar2 yg mcm bagus.. hhahahha.. Leh plak Rajin nk update blog ari nie.. hehehhe.. Sila tutup mata anda kalo xtau tgk ye.. tq

Jumaat.. Sekejapnya Masa itu Berlalu..

Salam 1 Malaysia.. PAgi nie,cuaca sejuk aje.. guruh dilangit kedengaran kuat tp hujannya renyai2 aje.. Syoknya tido mlm td kan,wlpun masih tido seorang diri.. heehhe.. Arini masuk opis kul 10.30 sebab kene masuk dewan ceramah.. Sepanjang perjalannan nk ke dewan ceramah yg jaraknya kira2 30minit dari politeknik,aku dan kawan2 yg lain tertanya2 jgk apakah tajuk ceramah ari ni.. ada yang ckp,"open house", ada yang ckp "puasa enam" tak kurang jgk ada yang ckp " sambutan depavali".. hehehhee.. Sesampai aje di dewan,masih tertanya2 lagi tajuknya sehingga lah ceramah jemputan bagitau.Tajuk ceramah kita pada ari ni ialah " Mencari Yang Halal Adalah Wajib".. Menarik sungguh topik ari ni.. Terjawab sudah pertanyaan kami.. hem menarik isi kandungannya walaupun aku agak mengantuk..( heheheh tue perkara biasa bg aku,sejak tabika lagi )..

Banyak menda yang aku dapat.. Tak sia-sia aku join ceramah ari ni ( wlpun pd mulanya hny nk cukupkan kursus tahunan je).. Pesanan dari ustaz tue td,"bagi la anak2 kita makan makanan yg halal kerana mknan yg halal itu menjamin keberkatana dari ALLAH s.w.t." "Biar la sedikit sedekah kita itu,asalkan datang dari sumber yang halal daripada byk sedekah kita itu tp dtg dr sumber yang haram"

p/s : Agak2nya cukup x 8jam kita kerja secara sahih d
alam 1 ari??? heemmmm



*sgt suke amik gmbr sendiri a.k.a muke setem

Dah Lame Tak Update..

Sgt xde mood la sejak kebelakangan ni.. tgk la dh bape lame xupdate blog sendiri kan.. Hem semua ni mgkin disebabkan tahap kemalasan dan kemurungan yg sgt tinggi.. huhuhu... bile ditafsir2,betul jgk tue.. aku mmg xde mood nk menaip.. bosan..bosan.. so ari ni aku gagahkan diri untuk update jgk blog aku yg xseberapa nie..

ok byk jgk citer nk dikongsi nie.. tp secara ringkas je la ye..

1- episod raya

Raya kali ini,best sgt2.. Berbeza dari raya yang dulu2.. ye la kali ni raya bersama tunang tersyg.. ..Beliau hadir ke rumah aku pada raya ke 2 bersama sanak sanak saudara dia yg kononnya teringat sgt nk tgk tunang anak sedara dorg ni..hehehehe,berdebar2 aku,mcm nk disarungkan cincin 1x lagi je.. Fmly aku sambut kedtgn dorg dengan meriah. Cam kenduri.. Tp xpe la kan,raya katakan.. Kemudian MIL to be ajak beraya ke rumah sanak sedara dorg yg ada kt melaka ni.. fuh meriah kan.. Tp seronok.. kemudia naik Eyes On Malaysia dgn menggunakan subsidi bakal biras aku ( adik kpd tunang akak aku),dpt la tiket RM16 untuk 5 org. hehehhe
Perjumpaan kami untuk kali ini sgt pendek.. Formal lagi.. xde jelingan manje,gurau senda yg keterlalu dr kami berdua,hanya sembang formal.. Kan mak ayah dia ada...hehehe.. and disebabkan itu la,hujung bulan ni kami akan topup balik aktiviti yg xdpt kami buat tue.. ..
ok cukup pasal raya..

2. Abang aku,Kawan-kawan aku bertunang

Tahniah buat abg ngah and kawan2 aku yg dh pun mengikat tali pertunangan di bulan syawal yg lalu dan jgk pada hujung minggu yg lepas.. Tak lame lagi,byk la jemputan mkn nasi minyak.. hehehhe.. Aku je lambat nk bagi korang mkn nasi minyak.. Tp xpe,semua kan AALLAH s.w.t yg tentukan..


ok cukup la ye.. penat dah rasenya menaip.. pada semua.. SELAMAT HARI DEPAVALI yang semakin dekat nie..

ok.. jumpa len kali ye..

Salam Ramadan


Minggu ini adalah 10 mlm terakhir.. malam misteri yang penuh dengan segala kebaikan, Tp tidak semua umat islam berpeluang untuk menemuinya.. Orang yang bertuah,taqwa dan berjaga sepanjang malam aje yg akan menemuinya secara sengaja atau tidak sengaja.. malam itu digambarkan satu malam yang tenang,langit cerah memutih. Ini Kerana ALLAH S.W.T telah mengarahkan ribuan para malaikat turun ke bumi untuk melihat makhluk-Nya beramal kepada-NYA. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Bulan ramadan ini melatih dan mendidik kita untuk jadi umat islam yang bertaqwa kpd ALLAH S.W.T. Ramadan jgk melatih perut kita untuk diet. Melatih para perokok ntuk berhenti merokok. Melatih kita munasabah diri tentang golongan miskin yang tidak makan. Melatih sifat bersyukur.

Tahun ini,aku rasa cepat sungguh ramadan ni berlalu.. Tahun ni aku harapkan,ramadan yg lebih baik untuk diri aku sendiri.. Bukan pakaian yg cantik,melambak-lambak,kuih yang bermacam-macam..tapi amalan,peribadi diri dan juga sifat syukur dengan ape yang ada skrg..

Kepada semua teman-teman,keluarga,encik tunang dan bakal mentua semua,aku doakan kalian memperoleh kebaikan dan kebahgiaan di bulan yang mulia ini..

H1N1 a.k.a Selesema Babi

Hai Nasib Badan la kan..

Hai... ( eh mak ckp,xbaik mengeluh tau ).. tapi rase xleh tahan la nk mengeluh.. bukan mengeluh yg bukan2,just keletihan dan kepenatan.. bukan pasal Puasa tp pasal terlalu byk kerja yg nk disubmit dalam mase yg sama.. huhuhuhu.. penat yg sampai tahap dewa woo.. Bagi yang pernah merasa tekanan kerja tue,mesti korang faham kan.. Badan penat,letih.. Atas kepala hanya fikir nk tido bila sampai aje kat rumah.. Tp aku x ta peluang tue.. Paling tidak pun rehat dalam 10 minit.. pastu rutin harian menanti plak.. Nk basuh baju,angkat kain baju,sidai baju,lipat baju,kemas umah.. Tp xpyh masak sb mak mmg dh siap2 masak.. hehehhe..

ooye untuk pemgetahuan kalian,mak aku seorg tailor kampung yg dikenali ramai. Jadi disebabkan mak aku sibuk menyiapkan tempahan,dia kurang ada mase nk ngadap kerja2 harian tue melainkan memasak ( piisstt malu nk ngaku,yg aku ni xpandai masak..kikikik).. Ada adik pompuan yg sorang,hem dia kene dapatkan jodoh org2 berada yg mampu upah pembantu rumah.. hehehehhe

Hem hal kat umah xpayah la nk mengeluh byk2.. buruk baik pun keluarga aku jgk.. And semua yg berlaku ada hikmah yg tersendiri.. yup,betul2.. nnt aku dha berumah tangga,xde la kekok untu buat semua kerj2 tue,kan.. hehehhe.. Sangat seronok bile difikir2kan hal rumah tangga ni..

Kat opis berlainan plak ceritanya.. macam biase,setiap org ada tugasan masing2 yg dh diamanahkan oleh Bos.. sam mcm aku.. cuma bezanya aku ni,aku ada byk Bos.. Bos yg mmg betul2 bos,senior2 yg beraksi mcm Bos pun ada..

cuba korang bayangkan,aku ada lambakan kerja yg pending. hajat hati nk siapkan dengan kadar segera.. tp tetibe ditambah plak kerja ntuk updated peralatan ICT di organisasi aku.. Pastu aku diarahkan plak oleh ....... ntuk buatkan keje dia yg patutnya dia yg kene selesaikan pada aku.. Dia plak seronok2 main Fb,Game.. hem jiwa aku ni dah tertekan.. kalo ditegur nnt,kate aku ni kaki bodek bos la,xleh diharap la.. mcm2 lagi la.. Ni,atas meja aku ni,melambak2 fail.. Dah mcm kerani padahal aku ni Technicion Computer je. Hai semakin hari semakin payah untuk aku senyum.. semakin kelat muke sebab bebanan keje yg ntah bila la nk hbs..

HAI NASIB.. NASIB

T.E.N.S.I.O.N

Hai Tension..tension.. hai dh naik semabb mate aku ni,bile tetiba aje air mate berderai2 laju je mengalir kat pp aku ni tanpa disuruh pun. Penat senyum2 kambing tp air mate still nk melunjur laju aje.. Hem semua ni berlaku mungkin sb aku ni ngah MC.. hem tp ini mmg dh lame aku pendam tau.. Dulu aku buat semua nie,sb mak aku.. Dia yg beriya2 nk tolong makcik aku tue tp dia xsedar yg menda ni menjerat leher anak dia sendiri.. hem persoalannya sekarang.. Adakah betul tindakan aku ntuk pulangkan balik kete yg mak aku nk tolong sambung byr tue akau simpan aje,byr sampai hbs,tanggung maintenance tinggi pastu nk tukau name,kita yg kene tanggung kos semua???

Ye Ke Errk???

Ye ke??? Soklan yang bermain2 difikiran aku sejak mlm td lagi.. Ye ke "org gomen ni byk mase depan komputer".. Ayat itu telah dikeluarkan dengan beraninya oleh encik wedding fotografer akak aku.. hahahha actually,aku yg duk sibuk carikan fotografer,andam and segala macam untuk wedding akak aku ni.. Dah ala-ala wedding planner gitu.. eewaahhh.. hehehehhe.. hem berbalik kepada soklan td,hem ye ke ek??? mungkin betul kot. sb kate encik fotografer tue smlm,rata-rata customer dia adalah org gomen.. Sb dorg booking by online je.. hehehhe so bukti yg agak kukuh nape dia dgn beraninya melontaran kata-kata itu.. kikikikikki.. Baiklah encik fotografer,saya mengaku la kan.. Mmg org gomen byk mase depan komputer..kikkikki.. Nk2 org cam aku ni kan.. mmg keje ngadap komputer,repair komputer.. Hai pakej yang ditwarkan mmg menarik..mesti korg semua xkan pernh jumpa pakej cam dia ni.. Gambar yang cantik,terang lagi lak tue.. Mesra alam pun ye.. Ni salah satu gmbr yg dia hasilkan.. nk lebih byk lagi.. klik kt sini..

 

~~~~ Nukilan Dari Sue ~~~~

"Blog nie adalah hak peribadi saya.. Akan dipenuhi ngan ayat2 merapu yang diolah secara sesuka hati saya.. Blog peribadi ini akan digunakan untuk menepek sebanyak mane gambar2 yang saya rasa saya nk tepek dia.. Mungkin ada Entry yang tak ada kata2 tapi penuh ngan gambar2 sahaja.. Sekian"